Bencana | Mangsa banjir di lima negeri meningkat

2022-12-12 0

Jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah setakat jam 10:30 malam tadi.

Menurut laporan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 2,530 mangsa terkesan akibat banjir melibatkan lima buah negeri di Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor.